JOM KITA KENAL KENAL DULU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Nama Saya Nur Liyana Binti Zahidi. 
Berasal dari Pasir Mas Kelantan.
Anak Perempuan Kepada Encik Zahidi dan Puan  Asmat.
Isteri Kepada abam hensem Tuan Nor Izwan.


Mendapat pendidikan awal di tadika PASTI di PASIR MAS.
Meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Mekasar.
Pendidikan Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban
Meneruskan pengajian ke Kolej Matrikulasi KEDAH.
Dan meneruskan lagi pengajian peringkat Ijazah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


Terlibat di dalam dunia perniagaan sejak umur 10 tahun lagi. 
Dimana ketika itu aktif menjual pemadam serta popia kecik dan popia simpul kasih.
Juga diberi kepercayaan untuk menjadi ahli koperasi serta membantu menjual   alat alat tulis di   KOPERASI sekolah sekaligus meningkatkan lagi keuntungan koperasi sekolah pada ketika itu.hahaha.

Tidak aktif seketika ketika berada di Sekolah Menengah kerana memberi tumpuan penuh kepada Peperiksaan PMR dan SPM. Chewah..haha..Mendapat keputusan semua A dalam PMR dan mendapat tawaran ke
Maktab Rendah Sains Mara Kuala Lipis. 
Namun menolak tawaran itu atas pelbagai faktor.

Selepas mendapat keputusan SPM yang agak cukup makan.
Pengajian diteruskan di Kolej Matrikulasi Kedah. Dan seterusnya
 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


Haa.. bila time degree ni lah aktif balik berbisnes..
Macam macam jual time ni. Antaranya

 - Tudung Bawal ( cheq ni peminat tegar tudung bawal)
-Ubat kurus
- Produk Kesihatan dan Kecantikan
- Buku Motivasi dan Keagamaan

Lepas Degree, ambilla pengalaman kerja sambil tu Bisnes jugak. 
Sempat la bekerja di dua tempat.
Bahagian Admin. Enjoy jugak bekerja time tu, Banyak ilmu dapat.

Tapi bile sampai satu tahap Majikan banyak SONGEH.
Bila nak suh masuk ofis datang awal..laju jerr
Bila nak balik  suh balik lewat pun laju jerr...
Bila nak mintak cuti. Even tu annual leave kite amboi kemain banyak syaratnya.
Kemain lambat approvenye.. Kemain banyak soalannya.

 Dengan perasaan yang agak annoying cheq pun berhenti kerja plus time tu agak sibuk membuat persediaan perkahwinan dengan Mama. 
Mama takda kakitangan lain time tu kecuali i sorang because i'm the only daughter.
 Dua orang lagi adik Lelaki dan Abang lelaki.


Alhamdulillah sekarang selamat dah menjadi isteri orang.
Dan ingin aktif kembali berkecimpung di dalam dunia perbisnesan..gituuu
Nak tunggu kerja goverment/swasta entah bile dapatnya.
So kite teruskan dengan minat yang ada.


Okeyh..adake yang baca hakak type panjang panjang ni..haha..
okeyla hakak nak pi turun dapuq dulu. nak memasak untuk husband tercinta.

Nanti hakak update tentang produk Kesihatan dan Kecantikan yang hakak bekalkan okeyh..




Comments

Popular posts from this blog

FEFET (FEMININE WASH) TERBAIK!

KOPI ALANA UNTUK KURUS MURAH